Pages

Friday 25 October 2013

Bahan Toksik Dalam Tumbuhan


Adalah tidak dinafikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dinegara banyak khasiat perubatan dan telah digunakan sejak turun untuk merawat pelbagai jenis penyakit.  Penyakit ini sama ada berkaitan dengan sistem perkumuhan, jantung dan perjalanan darah dan sebagainya.  Walau telah diamalkan dengan berkesan oleh pengamal perubatan tumbuhan, tumbuhan yang sama boleh menyebabkan keracunan jika tidak diamalkan dengan baik. Sesuatu bahan kimia semula jadi boleh dijadikan penawar pada tahap kepekatan tertentu dan sebaliknya bertindak sebagai pada kepekatan yang lain.  Antara bahan kimia utama yang boleh didapati memberi kesan keracunan adalah seperti berikut:
Alkaloid
Alkaloid biasanya terdapat di bahagian akar, biji, daun dan kulit pokok. Di antara tumbuhan yang terlibat adalah daripada famili Amaryllidaceae, Buxaceae, Compositaea, Euphorbiaceae, Leguminosae, Liliaceae, Loganiaceae, Papaveraceae, Rananculaceae dan Solanaceae. Biasanya alkaloid meracuni sistem saraf dan boleh menyebabkan kehilangan koordinasi, sawan, sakit perut, muntah dan cirit-birit.  Terdapat juga alkaloid yang boleh menyebabkan kerosakan hati
Allergen
Allergen biasanya terdapat dalam getah dan daun pokok. Kehadiran bahan ini boleh menyebabkan peradangan kulit (dermatitis), mata dan lapisan membran. Di antara tumbuh-tumbuhan yang mengandungi allergen adalah  pokok lipan (Pedilanthus tithymaloides) dan pokok duit (Epipremnum aureum).
Sianogen
Sianogen satu bahan yang amat toksik dan boleh menyebabkan kematian jika termakan dan tidak dirawat dengan betul. Antara tumbuhan yang terkenal dengan dengan kandungan sianogen ialah ubi kayu.  Beberapa varieti ubi kayu diketahui mengandungi sianida dari jenis sianogenik glikosida.
Lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan adalah dari jenis perencat enzim, glukosinolat, asid amino, protein, peptid, lipid dan saponin beracun.

No comments:

Post a Comment