Pages

Friday, 25 October 2013

Bahan Toksik Dalam Tumbuhan


Adalah tidak dinafikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dinegara banyak khasiat perubatan dan telah digunakan sejak turun untuk merawat pelbagai jenis penyakit.  Penyakit ini sama ada berkaitan dengan sistem perkumuhan, jantung dan perjalanan darah dan sebagainya.  Walau telah diamalkan dengan berkesan oleh pengamal perubatan tumbuhan, tumbuhan yang sama boleh menyebabkan keracunan jika tidak diamalkan dengan baik. Sesuatu bahan kimia semula jadi boleh dijadikan penawar pada tahap kepekatan tertentu dan sebaliknya bertindak sebagai pada kepekatan yang lain.  Antara bahan kimia utama yang boleh didapati memberi kesan keracunan adalah seperti berikut:
Alkaloid
Alkaloid biasanya terdapat di bahagian akar, biji, daun dan kulit pokok. Di antara tumbuhan yang terlibat adalah daripada famili Amaryllidaceae, Buxaceae, Compositaea, Euphorbiaceae, Leguminosae, Liliaceae, Loganiaceae, Papaveraceae, Rananculaceae dan Solanaceae. Biasanya alkaloid meracuni sistem saraf dan boleh menyebabkan kehilangan koordinasi, sawan, sakit perut, muntah dan cirit-birit.  Terdapat juga alkaloid yang boleh menyebabkan kerosakan hati
Allergen
Allergen biasanya terdapat dalam getah dan daun pokok. Kehadiran bahan ini boleh menyebabkan peradangan kulit (dermatitis), mata dan lapisan membran. Di antara tumbuh-tumbuhan yang mengandungi allergen adalah  pokok lipan (Pedilanthus tithymaloides) dan pokok duit (Epipremnum aureum).
Sianogen
Sianogen satu bahan yang amat toksik dan boleh menyebabkan kematian jika termakan dan tidak dirawat dengan betul. Antara tumbuhan yang terkenal dengan dengan kandungan sianogen ialah ubi kayu.  Beberapa varieti ubi kayu diketahui mengandungi sianida dari jenis sianogenik glikosida.
Lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan adalah dari jenis perencat enzim, glukosinolat, asid amino, protein, peptid, lipid dan saponin beracun.

Thursday, 24 October 2013

Keracunan Tumbuhan - Langkah Awal


Tindakan kecemasan yang perlu diberi jika termakan atau terkena tumbuhan berracun
Jika seorang individu termakan racun tumbuhan, beberapa langkal awal perlu diambil sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selnjutnya.  Rawatan awal sangat penting bagi menyelamatkan mangsa.  Antara rawatan yang perlu diberi adalah seperti berikut:
  • Perhatikan symptom-simpton yang dizahirkan sama ada gatal-gatal, radang, muntah atau cirit birit.
  • Jika mangsa tidak muntah, rangsang untuk muntuh dengan memasukkan jari kedalam mulut mangsa sehingga muntah.  Ini akan mengeluarkan bahan toksik yang termakan.
  • Berikan mangsa minum air atau susu dengan banyak melarutkan toksik yang ada didalam badan.
Sebelum dibawa mangsa ke hospital, maklumat-maklumat berikut hendaklah diperoleh:Kenalpasti tumbuhan yang dimakan sama ada dengan mengambil gambar ataudibawa tumbuhan tersebut ke hospital.
  • Berapa banyak dan bahagian manakah tumbuhan tersebut dimakan
  • Berapa lama tumbuhan tersebut dimakan.
Adalah diingatkan jika maklumat tidak tepat, kemungkinan mangsa akan menghadapi masalah yang lebih serius dan seterusnya boleh mengakibatkan kematian. Bergantung kepada jenis toksik, ada yang bertindak dengan pantas dalam system tubuh manusia.

Cara Untuk Mengelakkan Karacunan Tumbuhan


Beberapa perkara seharusnya diingati bagi mengelakkan keracunan tumbuhan.  Antaranya adalah seperti berikut:
1.   Anda seharus tahu berkenaan tumbuhan yang terdapat dikawasan rumah atau ditanam khusus di taman.  Tumbuhan tersebut hendaklah dikenalpasti dari segi nama, rupa bentuk dan bahagian yang mempunyai sifat keracunannya sama ada buah, daun, batang atau bunga. Sifat keracunan tumbuhan tersebut sama ada menyebabkan radang kulit, sesak dan lain-lain juga harus diketahui.
2.   Jangan makan mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan liar yang kita tidak pasti tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.  Cendawan adalah sangat merbahayajika termakan yang jenis beracun.
3.   Ajar anak-anak supaya tidak bermain dengan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun.
4.   Membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan toksid kerana toksid hanya akan larut dalam air.

Akar Tuba



Nama saintifik: Derris elliptica
Famili: Leguminosae
Nama tempatan: Akar tuba, tuba
Jenis : Pokok menjalar
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang lembab dan banyak terdapat disemak-semak di tepi sungai atau parit.
Moforlogi : Mempunyai batang keras yang menjalar dan membelit pada pokok besar sehingga 10-15 m panjang, daun berwarna hijau berbentuk bujur dengan panjang 7-10 cm dan 6 cm panjang. Bunga berwarna merah muda.
Kegunaan :  Akar tuba ini sering digunakan untuk menangkap ikan sebab itu kadang-kala ia dikenali sebagai racun ikan. Cara menggunakannya ialah dengan merendam atau mencampakkan akar tuba yang telah dihancurkan terlebih dahulu ke dalam punca air seperti anak air atau anak sungai. Beberapa ketika kemudian ikan-ikan akan mabuk dan timbul ke atas permukaan air. Akar tuba ini tidak dianggap tidak begitu merbahaya kepada haiwan tetapi begitu toksik terhadap ikan.
Catatan :