Beberapa perkara seharusnya diingati bagi mengelakkan keracunan tumbuhan. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Anda seharus tahu berkenaan tumbuhan yang terdapat
dikawasan rumah atau ditanam khusus di taman.
Tumbuhan tersebut hendaklah dikenalpasti dari segi nama, rupa bentuk dan
bahagian yang mempunyai sifat keracunannya sama ada buah, daun, batang atau
bunga. Sifat keracunan tumbuhan tersebut sama ada menyebabkan radang kulit,
sesak dan lain-lain juga harus diketahui.
2. Jangan makan mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan liar yang
kita tidak pasti tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Cendawan adalah sangat merbahayajika termakan
yang jenis beracun.
3. Ajar anak-anak supaya tidak bermain dengan
tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun.
4. Membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan
toksid kerana toksid hanya akan larut dalam air.
No comments:
Post a Comment