Adalah
tidak dinafikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dinegara banyak khasiat
perubatan dan telah digunakan sejak turun untuk merawat pelbagai jenis
penyakit. Penyakit ini sama ada
berkaitan dengan sistem perkumuhan, jantung dan perjalanan darah dan
sebagainya. Walau telah diamalkan dengan
berkesan oleh pengamal perubatan tumbuhan, tumbuhan yang sama boleh menyebabkan
keracunan jika tidak diamalkan dengan baik. Sesuatu bahan kimia semula jadi
boleh dijadikan penawar pada tahap kepekatan tertentu dan sebaliknya bertindak
sebagai pada kepekatan yang lain. Antara
bahan kimia utama yang boleh didapati memberi kesan keracunan adalah seperti
berikut:
Alkaloid
Alkaloid
biasanya terdapat di bahagian akar, biji, daun dan kulit pokok. Di antara
tumbuhan yang terlibat adalah daripada famili Amaryllidaceae, Buxaceae,
Compositaea, Euphorbiaceae, Leguminosae, Liliaceae, Loganiaceae, Papaveraceae,
Rananculaceae dan Solanaceae. Biasanya alkaloid meracuni sistem saraf dan boleh
menyebabkan kehilangan koordinasi, sawan, sakit perut, muntah dan cirit-birit.
Terdapat juga alkaloid yang boleh menyebabkan kerosakan hati
Allergen
Allergen
biasanya terdapat dalam getah dan daun pokok. Kehadiran bahan ini boleh
menyebabkan peradangan kulit (dermatitis), mata dan lapisan membran. Di antara
tumbuh-tumbuhan yang mengandungi allergen adalah pokok lipan (Pedilanthus
tithymaloides) dan pokok duit (Epipremnum aureum).
Sianogen
Sianogen
satu bahan yang amat toksik dan boleh menyebabkan kematian jika termakan dan
tidak dirawat dengan betul. Antara tumbuhan yang terkenal dengan dengan
kandungan sianogen ialah ubi kayu.
Beberapa varieti ubi kayu diketahui mengandungi sianida dari jenis
sianogenik glikosida.
Lain-lain
bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan adalah dari jenis perencat enzim,
glukosinolat, asid amino, protein, peptid, lipid dan saponin beracun.